Davos, 26 Jan - Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi hos dialog pagi Malaysia kepada 20 ahli korporat, pemimpin kerajaan dan media yang telah diadakan di samping mesyuarat Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2012 di Davos. Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional turut menyampaikan ucapan semasa dialog tersebut.
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Mustapa Mohamed menekankan mengenai daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama kepada pelabur asing, khususnya bagi syarikat-syarikat berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Beliau juga menyatakan bahawa persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia telah melahirkan banyak syarikat berdaya saing di peringkat global seperti Petronas, Air Asia, Axiata, Maybank, CIMB dan Integrated Healthcare Berhad. Dato’ Sri Mustapa Mohamed turut menerangkan mengenai transformasi yang sedang dilalui Malaysia yang akan menjadikan negara ini lebih terbuka untuk perniagaan.
Walaupun Malaysia berjaya melahirkan syarikat-syarikat serantau dan global, ahli-ahli mesyuarat berpendapat bahawa Malaysia perlu lebih agresif di dalam mewar-warkan kejayaan Malaysia yang lain.
Semasa menjawab soalan mengenai risiko politik di Malaysia, Dato’ Sri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil dan mempunyai perancangan yang jelas untuk masa hadapan.
Tan Sri Azman Mokhtar turut menyentuh mengenai transformasi yang telah berlaku di Malaysia, terutamanya bagaimana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menjadi lebih berdaya saing dan diuruskan secara profesional. Beliau menjelaskan bahawa Krisis Kewangan Asia telah menjadikan syarikat-syarikat Malaysia lebih kukuh dan berdaya tahan berikutan situasi tersebut.
Antara yang hadir pada sesi dialog tersebut ialah Lord Peter Mandelson, bekas Timbalan Perdana Menteri UK; Emirsyah Satar, Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Airlines; Ray Bingham, Pengerusi Flextronics; Rolando Balsinder, Pengarah McKinsey & Company; Juan Pujadas, Naib Pengerusi Penasihat Global, PricewaterhouseCoopers dan John Riady dari Kumpulan Lippo.
Bintang Hollywood, Datuk Michelle Yeoh dan rakannya Dato Sri Jean Todt turut sama menghadiri dialog tersebut. Beliau berada di Davos untuk majlis tayangan khas filem “Lady” di mana beliau melakonkan watak utama sebagai Aung San Suu Kyi. Datuk Michelle yang kini merupakan ahli lembaga pengarah Pinewood Studios akan membantu Khazanah mempromosikan Pinewood Studios di Wilayah Pembangunan Iskandar kepada penerbit-penerbit filem.
Mereka yang menghadiri dialog tersebut kagum dengan kejayaan transformasi ekonomi Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
27 Januari 2012