Pemimpin-pemimpin dunia sekali lagi akan bersidang di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2012 yang bertemakan “The Great Transformation: Shaping New Models“, dengan memberi fokus terhadap menentukan hala tuju pertumbuhan ekonomi global, menghimpunkan sokongan stakeholder serta memacu ke arah merealisasikan wawasan masa depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed akan mengambil bahagian di dalam Mesyuarat Tahunan ini di Davos, Switzerland yang dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 29 Januari 2012.
Pada Mesyuarat Tahunan WEF ini, Dato’ Sri Mustapa Mohamed akan mengambil bahagian sebagai pemimpin perbincangan, tetamu khas, dan penyumbang dalam beberapa sesi perkongsian awam, swasta dan industri. Antara sesi yang terlibat adalah: ‘Is This Truly the Asian Century?’, ‘Defining the Imperatives for 2012’ dan ‘Manufacturing for Growth‘.
Di samping menghadiri sesi-sesi WEF yang telah dijadualkan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed akan mengadakan perbincangan dua hala bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan bersama menteri-menteri perdagangan lain yang turut sama menghadiri Forum ini.Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga akan bertemu dengan Ketua-ketua Eksekutif syarikat-syarikat utama untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga dijadual mengadakan Sesi Meja Bulat dengan lebih 40 pelabur asing yang berpotensi di Zurich sebelum berlangsungnya mesyuarat WEF mengenai peluang-peluang perniagaan di Malaysia hasil daripada Program Transformasi Ekonomi.Penyertaan Malaysia di dalam Forum ini akan membantu mempromosi inisiatif Kerajaan bagi menarik pelaburan serta mempelajari amalan-amalan terbaik daripada peserta negara lain, yang mewakili sektor awam dan swasta, termasuklah dasar-dasar dan idea-idea terpilih yang dapat membantu Malaysia menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga akan mengadakan pertemuan dengan 25 menteri perdagangan lain untuk bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan sistem perdagangan pelbagai hala serta kemajuan yang boleh dicapai dalam WTO pada tahun 2012.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
20 January 2012