Domestic Investment Summit 2011 (DIS 2011) telah diadakan pada 15 September 2011 (Khamis) bertempat di Diamond Ballroom, Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Objektif penganjuran DIS 2011 adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara Kerajaan dan sektor swasta, mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu dan kaedah-kaedah mempromosikan pelaburan domestik, dan meningkatkan penglibatan pelabur domestik dalam mencapai sasaran pelaburan tahunan berjumlah RM115 bilion.
DIS 2011 telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dihadiri oleh lebih kurang 100 orang jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Ekonomi, tokoh-tokoh korporat dan perniagaan terkemuka tempatan serta wakil-wakil syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan terpilih (GLCs) dan wakil Kementerian/agensi Kerajaan.
YAB Perdana Menteri telah menegaskan pentingnya pelabur tempatan melabur di dalam negara memandangkan Kerajaan telah mewujudkan pelbagai peluang pelaburan termasuk melalui Program TransformasiEkonomi (ETP). Selain itu, jumlah pelaburan juga perlu ditingkatkan kepada RM1.4 trilion menjelang tahun 2020 seperti yang dinyatakan dalam ETP.
Pada masa yang sama, YAB Perdana Menteri berharap pelabur tempatan akan sentiasa menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan dan akan terus mengambil kesempatan untuk melabur melalui pelbagai peluang perniagaan yang muncul di bawah Pelan Transformasi Kerajaan dan ETP