Persidangan CEO Forbes Global 2011 telah berlangsung pada 12 – 14 September 2011 di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan tiga hari itu dianjurkan dengan usahasama kerajaan Malaysia, Julius Baer, EMR Corporation, Tata Consultancy Services, Corporate Executive Board, ADS Securities , Steinway Lyngdorf, Royal Falcon Fleet, Research In Motion, FICOFI dan Weber Shandwick.
Ia berjaya menampilkan nama-nama besar dari pelbagai industri antaranya Naib Pengerusi Tata Consultancy Services, S. Ramadorai selain bakat-bakat tempatan yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.Penganjuran program sebegini bakal mempromosikan keupayaan Malaysia di mata dunia dalam menawarkan peluang-peluang pelaburan yang lebih baik berbanding pesaingnya selain meningkatkan lagi perdagangan ketika wujud persaingan yang sengit.
Prestasi perdagangan negara amat menggalakkan apabila jumlah eksportnya bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini telah menyaksikan kenaikan sebanyak 7.7 peratus kepada RM724 bilion berbanding pada tempoh yang sama pada 2010. Jumlah perdagangan pada bulan tersebut meningkat sebanyak 5.1 peratus kepada RM109.04 bilion dan lebihan dagangan sebanyak RM9.45 bilion. Ini membolehkan Malaysia mencatatkan lebihan dagangan untuk bulan ke 165 sejak bulan November 1997.