Pelancaran laporan Kedudukan Daya Saing Malaysia (GCR) 2011 -2012 telah berlangsung pada 7 September 2011 bertempat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di kalangan 142 buah negara, meningkat lima anak tangga berbanding tahun lepas (GCR 2010-2011: ke-26/139). Pencapaian indeks skor yang lebih tinggi kepada 5.08 (GCR 2010-2011: 4.88 ) berbanding skor maksimum 7 menggambarkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan perubahan positif dalam persepsi responden.Malaysia mengatasi lima negara yang sebelum ini berada di kedudukan lebih baik iaitu Israel (ke-22), Luxembourg (ke-23), Korea (ke-24), New Zealand (ke-25) dan Emiriah Arab Bersatu (ke-27).
Di kalangan negara di Asia Pasific, Malaysia adalah yang keenam paling berdaya saing selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Australia, manakala di kalangan negara ASEAN pula di tempat kedua selepas Singapura.
Tahap keyakinan yang tinggi adalah bukti bahawa inisiatif – inisiatif mesra perniagaan yang memberi penekanan kepada keterangkuman dan kemapanan kearah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta perlaksanaan dasar yang berkesan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah berjaya.