Kota Bharu: Negara anggota Asean akan membincangkan lebih terperinci mengenai cadangan penubuhan Bank Mikro Asean bagi membantu perusahaan mikro mengembangkan perniagaan masing-masing.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Bank Mikro itu dijangka dapat memberi kemudahan kepada perusahaan mikro yang ingin meluaskan perniagaan dalam rantau Asean.
Beliau berkata, operasi Bank Mikro Asean itu akan berlainan dengan bank sedia ada dalam kalangan negara anggota, namun ia akan mempraktikkan garis panduan yang sama.“Cadangan ini sudah diusulkan menerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC). Bagaimanapun, belum ada sebarang keputusan dibuat kerana kami akan membincangkannya lebih lanjut pada mesyuarat yang akan berlangsung di Jakarta, April ini.“Banyak perbincangan yang sudah dibuat untuk merealisasikan Bank Mikro Asean ini dan ia juga akan mengetengahkan pentingnya dagangan sempadan dalam memacu peluasan dagangan sesama anggota Asean,” katanya pada sidang media di Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-21 yang berlangsung di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Asean untuk Komuniti Ekonomi Asean Lim Hong Hin.
Bermula Jumaat lalu, AEM ke-21 adalah antara beberapa mesyuarat Asean yang berlangsung sepanjang kepimpinan Malaysia dalam pakatan ekonomi itu tahun ini yang dihoskan Malaysia.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata, cadangan penubuhan Bank Mikro Asean memerlukan perbincangan lanjut dan akan mengambil masa memandangkan setiap negara anggota memiliki inisiatif tersendiri dalam membangunkan perniagaan bersaiz mikro dan kecil.
Justeru, beliau berkata, inisiatif penubuhan Bank Mikro Asean perlu diselaraskan dengan institusi perbankan sedia ada di negara anggota.
MUSTAPA Mohamed (tengah) bergambar bersama barisan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Hotel Renaissance Kota Bharu.