Halal Industry Development Corporation (HDC) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan “Program Transformasi Halal” (PTH), di Gambang, Pahang pada 30 & 31 Julai 2011. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan merasmikan majlis penutup pada 31 Julai 2011.
Objektif utama PTH adalah untuk:
i) mewujudkan peluang perniagaan berteraskan Halal serta meningkatkan aktiviti keusahawanan.
ii) meningkatkan lagi pelaburan domestik di Malaysia melalui penglibatan industri yang lebih agresif
iii) mewujudkan sumber baru dalam usaha meningkatkan modal insan serta peluang-peluang berteraskan Halal.
Program ini menampilkan segmen Ekonomi, Pendidikan dan Edutainment (Hiburan berteraskan Pendidikan) di dalam industri Halal. Satu pameran besar-besaran yang melibatkan lebih daripada 100 ruang pameran dan astaka dapat dikunjungi oleh orang ramai. Di samping itu seminar bertajuk ‘Program Transformasi Usahawan akan turut diadakan.
Seminar selama sehari ini terbuka kepada orang ramai yang akan memberi penekanan mengenai latihan Keusahawanan dan ‘Pertanian Kontrak’ berteraskan Halal. Beberapa syarikat multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan akan berkongsi pengalaman mereka dengan peserta seminar di dalam mengendalikan perniagaan berteraskan Halal.
PTH adalah usaha HDC yang diilhamkan sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) dan akan memberi fokus kepada proses transformasi komponen-komponen industri Halal yang merupakan salah satu bahagian penting dalam menjana ekonomi negara. MEB telah dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2010.
MEB adalah pelan tindakan Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pembangunan industri Halal akan mengguna pakai prinsip MEB di dalam usaha mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum.
Pasaran global Halal yang dianggarkan bernilai sebanyak USD 2.3 trillion menawarkan pelbagai peluang bagi pengeluar produk dan perkhidmatan kerana permintaan bagi kedua-duanya meningkat seiring dengan pertambahan penduduk dunia dan juga penerimaan bukan Islam terhadap industri ini.