KOTA BHARU: Negara anggota ASEAN akan terus mengurangkan langkah-langkah dan halangan bukan tarif untuk perdagangan yang lebih bebas di dalam pertubuhan serantau itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
Bercakap kepada pemberita, Datuk Seri Mustapa menyatakan langkah bukan tarif telah dikenal pasti dan 45 daripadanya telah ditangani.Kami telah membuat keputusan untuk berusaha ke atas langkah dan halangan bukan tarif dan cuba menyelesaikan lebih banyak lagi,ketika di sidang akhbar pada hari terakhir Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-21 di sini, hari ini.Menteri ekonomi terbabit juga mencadangkan pembentukan mekanisme untuk menangani langkah bukan tarif bagi memudahkan pergerakan perniagaan di dalam rantau berkenaan.Kami sedang meneliti satu platform rasmi. Kami sedang berbincang dengan Kesatuan Eropah untuk melihat bagaimana kami boleh berkongsi amalan terbaik daripada mereka.
Timbalan Setiausaha Agung ASEAN untuk Komuniti Ekonomi ASEAN, Dr Lim Hong Hin, menyatakan satu mekanisme yang sistematik akan dibangunkan untuk membolehkan sektor swasta menyuarakan cabaran yang dihadapi.Mekanisme ini juga akan membantu mereka menangani semua cabaran itu dan agar mereka tahu yang aduan mereka telah ditangani.Menteri ekonomi ASEAN berkumpul di sini sejak Jumaat lepas untuk mesyuarat penting bagi meningkatkan rancangan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN.
Pemukiman itu, satu daripada beberapa mesyuarat ASEAN sempena kepemimpinan Malaysia dalam pertubuhan itu pada 2015, dipengerusikan Datuk Seri Mustapa Mohamad.Tema Malaysia sepanjang mempengerusikan ASEAN ialah ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita.’
Tags: AEC, ASEAN, Asean Economic Community, economy, Exports, foreign direct investments, Industries, industry, investment, investments, Malaysian Economy,Malaysian Standards, MITI, MITI Report, MITI Weekly Bulletin, tradeBercakap kepada pemberita, Datuk Seri Mustapa menyatakan langkah bukan tarif telah dikenal pasti dan 45 daripadanya telah ditangani.Kami telah membuat keputusan untuk berusaha ke atas langkah dan halangan bukan tarif dan cuba menyelesaikan lebih banyak lagi,ketika di sidang akhbar pada hari terakhir Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-21 di sini, hari ini.Menteri ekonomi terbabit juga mencadangkan pembentukan mekanisme untuk menangani langkah bukan tarif bagi memudahkan pergerakan perniagaan di dalam rantau berkenaan.Kami sedang meneliti satu platform rasmi. Kami sedang berbincang dengan Kesatuan Eropah untuk melihat bagaimana kami boleh berkongsi amalan terbaik daripada mereka.