Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Pejabat Daerah Besut telah menganjurkan Karnival Usahawan Besut 2011 di Bandar Jerteh, Terengganu pada 13 Mei 2011. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan dalam meningkatkan keupayaan melalui perkongsian pengalaman, kerjasama perniagaan dan interaksi di antara usahawan dalam konteks 1Malaysia. Objektif program ini diadakan adalah bagi:

- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan;
- Membincangkan isu-isu setempat dengan penduduk dan mengambil tindakan terhadap isu-isu tersebut;
- Memberi peluang kepada penduduk daripada pelbagai latarbelakang untuk menyuarakan pendapat dan memohon keperluan untuk kawasan;
- Menyebarkan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh MITI; dan
- Meneruskan tradisi pemimpin yang sering turun padang untuk bertemu dengan rakyat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti jamuan rakyat, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak, persembahan kesenian rakyat seperti dikir barat dan cabutan bertuah. Turut diadakan kursus keusahawanan seperti kursus membuat kek & pastri dan membaiki telefon. Karnival yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 13-14 Mei 2011 telah menarik seramai 25,350 pengunjung.