YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, menyatakan Malaysia berminat untuk mengadakan kerjasama dengan Jepun untuk meneroka peluang meningkatkan pengeluaran automatif serta dalam industri lain yang melibatkan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia. Tambah beliau, Malaysia menyambut baik sebarang langkah oleh syarikat Jepun untuk mengagihkan kegiatan pengeluaran ke Malaysia.
“Malaysia ingin bergerak meningkat rantaian nilai. Kita ingin memastikan Malaysia mengeluarkan lebih banyak komponen bagi negara ini (Jepun),” kata YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed sejurus selepas merasmikan upacara mesin pengeluaran kesejuta Assembly Services Sdn Bhd di Shah Alam pada 25 April 2011.
Tahun 2010, eksport komponen automatif Malaysia berjumlah hampir RM4bilion,daripada RM3billion yang dieksport pada tahun 2009.Walau bagaimanapun, YB Menteri MITI berkata kerajaan belum membuat keputusan tentang lanjutan tempoh pengecualian cukai bagi kereta hibrid dan elektrik yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.