Program Perhimpunan Bulanan MITI & Agensi Bil.3/2011 telah diadakan dengan jayanya pada 18 April 2011 bertempat di Dewan MECC, Bangunan MATRADE jam 2.30 petang.
Bagi menyokong saranan Kerajaan dalam memerangi masalah pencemaran dan memupuk budaya hidup yang mesra alam, Kempen 3R telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Warga MITI yang telah bersara turut diraikan semasa majlis perhimpunan ini.Semasa berucap, YB Menteri mengingatkan kepentingan warga MITI untuk terus komited di dalam usaha negara mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Apabila ditanya oleh pihak pemberita mengenai kesan ketidaktentuan dunia berikutan keadaan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara, tsunami di Jepun serta masalah hutang dan defisit di Negara Eropah dan Amerika Syarikat kepada pelaburan dan perdagangan Malaysia, YB Menteri menjelaskan bahawa perkara tersebut dijangka dapat diketahui dua atau tiga bulan lagi.Beliau berkata pada masa ini Malaysia masih mampu bertahan akibat kesan ketidaktentuan itu berdasarkan angka pertumbuhan perdagangan yang menggalakkan pada dua bulan pertama tahun ini.
“Cabaran ini menjadikan 2011 lebih mencabar berbanding tahun 2010, tetapi adalah masih terlalu awal untuk menentukan tahap kesan ini. Setakat ini kita sedang memantau keadaan. Kita belum lagi membuat sebarang semakan semula pada angka-angka perdagangan dan pelaburan kerana kita rasa kita mampu bertahan setakat ini,” ujar Mustapa.
YB Menteri MITI turut memaklumkan Pusat Pameran Matrade yang menelan belanja sebanyak RM630 juta dijanka siap dibina dalam masa empat tahun. Ia bakal menjadi hub konvensyen dan pameran antarabangsa di Malaysia.