Timbalan Menteri MITI telah mengumumkan syarat dan terma baru bagi Tabung Usahawan Siswazah (TUS) yang diuruskan oleh SME Bank di mana pemohon diwajibkan mengikuti Latihan Asas Keusahawanan anjuran INSKEN. Syarat baru ini bertujuan untuk menarik minat usahawan muda menceburi bidang perniagaan.
Di antara syarat-syarat baru TUS adalah:
i. jumlah pembiayaan maksimum projek telah dinaikkan dari RM250,000 kepada RM500,000. Walau bagaimanapun, bagi projek pengambilalihan syarikat, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000;
ii. tempoh pernafasan dipanjangkan sehingga 48 bulan berbanding 24 bulan sebelumnya;
iii. tempoh pembiayaan untuk bangunan dan premis perniagaan adalah sehingga 20 tahun;
iv. umur kelayakan pemohon dinaikkan kepada 40 tahun daripada 35 tahun; dan
v. telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun, berbanding syarat asal tidak melebihi 10 tahun.
Jom jadi usahawan!
Sumber : MITI Weekly Bulletin