Showcase SDSI yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 merupakan pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia dalam usaha untuk memasar dan mempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik dan global. Program ini dianjurkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka sejak tahun 2006 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.
Showcase SDSI pada tahun ini bertema “Dari Malaysia Ke Persada Dunia” akan berlangsung seperti butiran di bawah:
Tarikh : 10 - 12 Disember 2010
Tempat : Melaka International Trade Centre (MITC), 75450 Melaka, Malaysia
Waktu Showcase : 10.00 pagi - 10.00 malam
Antara objektif SDSI adalah:
• Membantu dan memudahkan pemasaran produk/perkhidmatan SDSI yang berkualiti;
• Meningkatkan imej produk/perkhidmatan SDSI;
• Memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti;
• Mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan ( networking ) di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis,pengimport, hypermarket dari dalam dan luar negara.
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, akan merasmikan Showcase SDSI ini pada 11 Disember 2010 (Sabtu) pada pukul 2.30 petang di Grand Ballroom, MITC.
Kunjungilah Showcase SDSI beramai – ramai !
Video & Galeri Gambar
Tags: business facilitationShowcase SDSI pada tahun ini bertema “Dari Malaysia Ke Persada Dunia” akan berlangsung seperti butiran di bawah: