KUALA LUMPUR 26 Feb. – Malaysia mencatat pelaburan langsung diluluskan sebanyak RM235.9 bilion pada 2014 berbanding RM219.4 bilion bagi tahun sebelumnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sektor perkhidmatan menyumbang bahagian terbesar daripada jumlah pelaburan iaitu RM149.6 bilion diikuti sektor perkilangan iaitu RM71.9 bilion manakala sektor utama menyumbang RM14.4 bilion.
Katanya, jumlah pelaburan itu yang diluluskan daripada 5,942 projek dijangka menjana 178,360 peluang pekerjaan terutama dalam teknologi tinggi dan industri yang mempunyai nilai tambah.
“Bagaimanapun, berdasarkan prestasi 2014, kita menjangkakan pertumbuhan sederhana bagi pelaburan diluluskan pada tahun ini. Setakat ini, projek sedia ada bagi tahun ini sudah berjumlah RM65.1 bilion,” katanya dalam sidang akhbar selepas pengumuman prestasi pelaburan 2014 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud.
Daripada jumlah pelaburan diluluskan, sebanyak RM171.3 bilion terdiri daripada Pelaburan Domestik Langsung (DDI) manakala RM64.6 bilion adalah daripada sumber asing.
Kerajaan menerusi MIDA menyasarkan untuk mencapai pelaburan sebanyak RM56 bilion yang diluluskan bagi sektor perkilangan manakala RM64.5 bilion untuk sektor perkhidmatan (termasuk hartanah).
Sementara itu, Azman berkata, MIDA perlu mencapai sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak 10.9 peratus atau RM148 bilion bagi mengekalkan momentum pertumbuhan seperti mana yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelaburan-diluluskan-2014-catat-rm235-9-bilion-1.64175#sthash.qFcokwN3.dpuf