Para peniaga kecil dan sederhana (PKS) tidak perlu risau dengan penukaran bantuan Kerajaan daripada pemberian geran kepada pinjaman mudah kerana pelbagai pendekatan baru akan diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu para peniaga. Demikian penjelasan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir mengenai perkara tersebut.
Pemansuhan bantuan geran bagi membantu PKS dengan digantikan dengan skim pinjaman mudah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa majlis perasmian SMIDEX 2010 baru-baru ini. Skim pinjaman mudah ini antara lain akan membentuk kredibiliti yang lebih tinggi di kalangan PKS selain membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat PKS menikmati skim pinjaman tersebut.
Teks ucapan YAB Perdana Menteri pada majlis perasmian SMIDEX 2010 telah dibacakan oleh Menteri MITI, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed.