YB Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mempengerusikan satu sesi dialog bersama usahawan bumiputera Sarawak bertempat di Dewan Kenyalang, MPC Sarawak. Majlis ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas mengenai idea-idea innovatif dan kreatif yang boleh menyumbang kepada aktiviti ekonomi masyarakat Bumiputera. Hasil daripada sesi dialog ini akan dibentangkan ke Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MAPEN) yang kini sedang menggubal pelan pembangunan ekonomi dikenali sebagai ‘New Economic Model For Advanced Economy’.Dialog sebegini akan membolehkan Kerajaan, khususnya MITI, mendapatkan maklumbalas secara langsung, terus dan tepat tentang segala masalah dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat usahawan Bumiputera di Sarawak. Ini menunjukkan kesungguhan, keprihatinan dan komitmen kerajaan melalui MITI terhadap usaha-usaha membangunkan bumiputera dalam konteks pembangunan usahawan seterusnya mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Majlis dialog ini telah dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Y.Bhg. Dato’ Abdul Ghafar Musa, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan, MITI mengenai status usahawan bumiputera secara umumnya. Selain MITI, ketua-ketua agensi kerajaan peringkat pusat dan negeri turut hadir bagi memberikan penerangan secara terus di dalam sesi dialog ini. Kerajaan negeri Sarawak telah diwakili oleh Y.B. Dr. Abang Rauf Abang Zen, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian dan Y.Bhg. Dato’ Adzmy Abdullah, Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB), Jabatan Ketua Menteri.

Seramai 150 orang peserta telah hadir ke sesi dialog ini. Sebanyak 9 (7 persatuan dan 2 daripada wakil Kerajaan Negeri) daripada 19 wakil persatuan usahawan bumiputera Sarawak telah memberikan maklumbalas masing-masing di dalam sesi dialog ini.
Sebelum ini, MITI juga telah mengadakan sesi dialog yang sama di Kota Kinabalu pada 12 Februari yang lepas, untuk mendapatkan maklumbalas terus daripada wakil-wakil usahawan bumiputera di Sabah.