Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan dan rintihan didengari mengenai nasib usahawan khususnya Bumiputera yang merasakan terpinggir setelah pembubaran MECD. Memandangkan sebahagian portfolio MECD telah diserapkan ke MITI, maka sebagai sebuah Kementerian yang perihatin, MITI telah mengadakan satu dialog khas YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed bersama usahawan-usahawan yang mewakili pelbagai persatuan dan dewan-dewan perdagangan dan perindustrian Bumiputera pada 26 Januari 2010. YB Timbalan-timbalan Menteri MITI juga hadir pada majlis dialog tersebut.
Sesi dialog ini telah mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan. Kebanyakan peserta dialog menyatakan hasrat bahawa perlunya ada satu agensi Kerajaan yang khusus bagi menjaga kepentingan dan permasalahan usahawan Bumiputera.
YB Menteri dalam ucapannya telah meyakinkan kepada para usahawan bahawa usaha yang berterusan untuk memastikan kesinambungan pembangunan usahawan Bumiputera tetap menjadi agenda utama Kerajaan. Sebanyak lapan Kementerian telah diberi tanggungjawab menggalas program-program pembangunan keusahawanan termasuklah MITI.
Banyak maklumbalas dan cadangan yang membina telah diperolehi melalui dialog tersebut. Antara yang diutarakan oleh para peserta termasuk mewujudkan satu Business Information Centre yang berperanan sebagai pusat menyelaras khidmat dan nasihat kepada usahawan mengenai pelbagai insentif dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan.
Tugas untuk menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan agenda pembangunan usahawan Bumiputera akan dilaksanakan oleh MITI dengan cara yang lebih berkesan dan dapat memberikan impak yang besar. Ini akan membantu meningkatkan lagi daya saing dan daya tahan usahawan Bumiputera dalam menghadapi cabaran-cabaran ekonomi masakini. Majlis dialog sebegini akan sentiasa diteruskan oleh MITI memandangkan ia merupakan satu landasan yang baik bagi mendapatkan maklumbalas daripada golongan usahawan tempatan dan seterusnya meningkatkan lagi system penyampaian kerajaan.