KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) –Menteri-Menteri Ekonomi dari negara-negara anggota ASEAN akan berada di Kota Bharu, Kelantan dari 28 Februari - 1 Mac untuk menghadiri satu mesyuarat penting bagi merancang usaha-usaha ke arah penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community – AEC).
Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21, salah satu daripada mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang dianjurkan bersempena kepimpinan ASEAN oleh Malaysia pada 2015, akan dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang akan menghadiri Pemukiman ini adalah seperti di Lampiran A.
Pemukiman yang merupakan acara tahunan ini kebiasaannya diadakan bertujuan untuk membolehkan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menilai dan mengambil maklum tentang pencapaian keseluruhan proses integrasi serantau selain mempertimbang dan membincangkan inisiatif-inisiatif baru. Walau bagaimanapun, Pemukiman kali ini adalah sangat penting memandangkan Menteri-Menteri Ekonomi akan memberi tumpuan kepada memastikan semua langkah-langkah yang telah ditetapkan di dalam Pelan Tindakan AEC tercapai.
AEC akan direalisasikan menjelang 31 Disember 2015. Ia disasarkan untuk mewujudkan sebuah pasaran tunggal dan sebagai pusat pengeluaran di rantau ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemajuan dan kemakmuran ASEAN. Saranan-saranan daripada sektor swasta dan kebimbangan berhubung persepi wujudnya peningkatan halangan-halangan bukan tarif (non-tariff barriers) terhadap perdagangan di rantau ini akan menjadi salah satu agenda utama di dalam perbincangan oleh Menteri-Menteri ASEAN.
Menteri-Menteri juga dijangka akan mempertimbang dan memberikan panduan berhubung kerja-kerja merangka Visi dan Pelan Ekonomi Pasca-2015 ASEAN. Ini merupakan satu lagi hasil utama (deliverable) bagi Menteri-Menteri berkenaan di mana semua pihak yang berkepentingan mempunyai harapan tinggi bahawa ASEAN akan menghasilkan satu pelan baru dan berani pada penghujung tahun ini untuk menetapkan hala tuju bagi integrasi serantau yang lebih mendalam untuk dekad yang akan datang.
Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ini akan didahului oleh Mesyuarat Kali ke-8 Kumpulan Kerja Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN berhubung Visi Ekonomi Pasca-2015 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi.
Sebagai Pengerusi dan tuan rumah, Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga akan mengambil peluang sempena Pemukiman ini untuk mendapatkan sokongan negara-negara anggota ASEAN bagi beberapa acara sampingan yang bakal diadakan di Malaysia, termasuklah:
a) Persidangan Pembaharuan Peraturan Asia Tenggara (Southeast Asia Regulatory Reform Conference), 9-12 Mac 2015;
b) Pameran dan Persidangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN 2015 (ASEAN SME Showcase and Conference), 26-28 Mac 2015;
c) Persidangan Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ASEAN Business and Investment Summit), November 2015; dan
d) Beberapa sidang kemuncak berkaitan belia dan usahawan muda ASEAN (Several ASEAN Youth and Young Entrepreneurs related summits).
Program penuh aktiviti untuk Pemukiman ini adalah seperti di Lampiran B.
SUMBER: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
FOR MORE INFORMATION PLEASE CONTACT:
Name : Sabri Salleh
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-6200 0043
Emel : sabri.salleh@miti.gov.my
–BERNAMA
Tags: AEC, ASEAN, economy, Malaysian Economy, MITI, MITI Report, MITI Weekly Bulletin, tradePemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21, salah satu daripada mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang dianjurkan bersempena kepimpinan ASEAN oleh Malaysia pada 2015, akan dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang akan menghadiri Pemukiman ini adalah seperti di Lampiran A.