Kerajaan hari ini mengumumkan enam program berimpak tinggi sebagai satu langkah untuk memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu berkembang sebanyak 8.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 berbanding pada masa ini sekitar 6.5 peratus setahun.
Enam program impak tinggi adalah:
- Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Penubuhan Perniagaan untuk mewujudkan pusat pendaftaran tunggal melalui Sistem Pendaftaran Perniagaan (MyCoID) dan Sistem Pelesenan Perniagaan (BLESS).
- Platform Pengkomersialan Teknologi (TCP) iaitu sebuah rangkaian platform kebangsaan yang diuruskan sektor swasta bagi mempromosi idea inovatif bermula peringkat pembuktian konsep ke peringkat pengkomersialan.
- Program Pelaburan PKS (SIP) yang menyediakan pembiayaan kewangan peringkat awal dan disalur melalui syarikat pelaburan kepada PKS berpotensi sama ada dalam bentuk hutang, ekuiti atau hibrid.
- Program Going Export (GoEx) menawarkan bantuan khusus kepada pengeksport dan PKS yang menceburi pasaran...