Tag Archives: IT
Kuala Lumpur: Industri biomass di negara ini dijangka mengalami pertumbuhan rancak tahun ini berikutan peningkatan pelaburan yang menggalakkan pada tahun lalu iaitu dengan 12 projek biomass diluluskan bernilai RM82.9 juta.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah itu, pelaburan domestik mencatatkan sebanyak RM71.1 juta manakala pelaburan asing bernilai RM11.8 juta.
Beliau berkata, pelaburan dalam projek biomass yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu juga meningkat berbanding 11 projek yang diluluskan pada 2013 dengan nilai RM54.6 juta.
“Potensi dalam industri biomass sangat besar dan kita percaya dengan harga kompetitif yang ditawarkan, ia dapat menarik lebih ramai pelabur, sekali gus merancakkan pertumbuhan industri ini.
“Biomass juga dijangka menyumbang tambahan sebanyak RM30 bilion kepada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) terutama penggunaan biomass daripada aktiviti...
Read MoreKUALA LUMPUR: TB Supply Base Sdn Bhd (TBSB), which has received interest from over 100 companies to utilise its facilities in Tok Bali, Kelantan, will spend RM100 million in 2015 for civil works and to build facilities such as additional warehouses, Customs and Immigration building, new offices, canteen, rigging loft, crew jetty and helipad.
TBSB is ultimately owned by Kelantan royalty Tengku Rozanna Petri and Tengku Rozlynda Petri Tengku Mohd Nasrun, through Forlenza Holdings Sdn Bhd. Forlenza through Matrix Reservoir Sdn Bhd, owns a 99.99% stake in TBSB. TBSB’s directors include Tengku Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (also the chairman), Tengku Rozanna Petri and Shankar Ray Shi-Wan.
TBSB is a logistics hub located in Tok Bali, Kelantan specifically catered to providers of support services to the offshore oil and gas industry. It has invested RM90 million to date since June 2014, for facilities like warehouses, revamp works and wharf. TBSB is located on a 328 acres site.
Read More
Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi Asean ke-21 hujung minggu ini akan membincangkan kaedah memudahkan lagi perdagangan antara negara-negara Asean.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata program tersebut yang menjadi tempat percambahan minda menteri-menteri ekonomi Asean, akan mencari jalan mengurangkan karenah prosedur perdagangan supaya ia lancar dan menjimatkan masa.
“Kita hendak bincang halangan-halangan perdagangan, bagaimana hendak permudahkan lagi perdagangan 2 hala selain membincangkan faedah yang bakal diperolehi.
“Contohnya standard yang berlainan. Kalau kita hendak hantar barang yang sama ke pelabuhan berbeza di negara-negara Asean, ia perlu melalui beberapa prosedur dan ujian yang cukup ketat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Program pemukiman tersebut akan berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac ini di
sini.
Mustapa juga berkata pemilihan Kota Baru sebagai lokasi penganjuran program itu untuk mempromosikan Kelantan...
Read More