Kota Bharu: Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21 yang berlangsung di sini, dijangka dapat memberi manfaat besar buat sektor ekonomi di negeri ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kelantan, Azran Deraman berkata, program tiga hari yang bermula 27 Februari sehingga 1 Mac ini disertai 10 menteri ekonomi perkumpulan serantau berkenaan.
“Kelantan bertuah dapat menjadi hos bagi program besar ini dan kami jangka penganjuran ini memberi manfaat dan peluang untuk Kelantan menjana ekonomi ke satu peringkat yang lebih baik.
“Ia dapat memberi peluang kepada negara anggota ASEAN melabur di Kelantan.
Selain itu, Kelantan sendiri dapat meneroka pasaran ASEAN yang besar, ia peluang terbaik untuk usahawan dan juga industri,” katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan program Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-21 di sebuah hotel di sini, semalam.
Azran berkata, 10 usahawan dipilih oleh MITI untuk terbabit dalam program itu yang akan...
Read More