
TOKYO 2 Julai - Malaysia mempelawa syarikat-syarikat Jepun untuk melabur dalam sektor teknologi hijau di negara ini ekoran penyediaan insentif kerajaan kepada pihak yang terlibat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia masih baharu dalam sektor berkenaan berbanding Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang telah lama terbabit dalam industri tersebut.
”Kita mempelawa syarikat-syarikat Jepun untuk melabur dalam bidang teknologi hijau ini kerana banyak peluang pelaburan menerusinya.
”Malah, kita turut menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat yang berminat dalam bidang tersebut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab satu soalan yang diajukan oleh peserta Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia di sini.
Seminar bersempena misi perdagangan Malaysia ke Jepun itu mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan Jepun.
Ketika...
Read More